Wednesday, April 9, 2008

Peliharaan BABI pun dipolitikkan oleh UMNO

What the FCUK!! sesiapa saja yang berminat memelihara sebarang binatang, tak kira lembu, kambing, unta, babi, ayam, itek mahupun biawak, sekiranya beliau mampu menjaga kebersihan alam tanpa pencemaran udara dan tanah dan air, biarkanlah! Apa salahnya?

Orang Cina tidak akan begitu bodoh dan tak prihatin sampai membela babi di tempat kediaman atau kampung Melayu.

Bukan semua Cina makan babi, lebih lebih lagi mereka yang beragama Buddha yang mengamalkan kekasihan dan penghormatan kepada semua makhluk, termasuk manusia dan binatang, atas dasar hak saksama antara semua.

Seseorang itu berhak membuat pilihan tidak makan lembu/babi, tak kira atas apa dasar,tapi beliau tidak berhak untuk memaksa orang lain menurut sama pilihan beliau. Hanya mereka yang zalim, perompak dan perogol akan membuat demikian memaksa orang lain menurut kehendak nafsunya sendiri. Adakah orang UMNO berlagak seperti orang yang tak bertamadun, mahukan orang lain tidak makan babi kerana beliau tidak makan? Ataupun ketakutan akan diri sendiri tak tahan gian mau makan juga??

Projek Modern Pig Farming adalah projek yang mampu menyelesaikan masalah penternak babi di Selangor, untuk selama-lamanya.

Projek ini juga membawa manfaat kepada ekonomi negara. Projek ini juga mampu menyelesaikan masalah pencemaran tanah, air dan udara.

Ada apa keburukannya?? Tak dapat saya fikirkan satu pun!

Keburukannya mungkin orang Umnoputra tidak boleh atau segan dilaktik menjadi chairman atau managing director PIG Farming ini.

Kalau begitu, saya cadangkan Projek Modern UMNO Farming diadakan untuk memupuk semula semangat menghormati antara satu sama lain dikalangan masyarakat majmuk Malaysia.

HIDUP MALAYSIA BARU!!!

No comments: